Wednesday, November 9, 2016

Panduan Membina Blog Blogspot - Indeks

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di sini saya senaraikan artikel yang berkaitan dengan tutorial blog Blogger/Blogspot. Senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa sebaik sahaja artikel baru ditambah pada blog ini.

Pendahuluan

Mencipta blog baru

Panduan Blog WordPress dan Blogspot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog adalah salah satu daripada medium untuk berkongsi maklumat dengan meluas kerana ianya dapat diakses di mana sahaja di seluruh dunia asalkan mempunyai akses kepada internet. Selain dijadikan sebagai hobi, blog mampu menjana pendapatan sampingan secara pasif dan mampu menjadi ‘backup’ kepada gaji tetap bulanan ekoran kos sara hidup yang meningkat saban hari.

Ada di kalangan “otai” yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan tetap/utama dan mampu menjana sehingga puluhan atau ratusan ribu ringgit sebulan hanya melalui blog dan internet. Anda mungkin tahu akan hal ini, namun tidak pasti bagaimana hendak bermula dan bagaimana untuk kecapi itu semua. Untuk makluman, tidak semua berjaya menjana pendapatan enam angka setiap bulan melalui blog dalam tempoh yang singkat. Semuanya bermula dari bawah. Ada yang berjaya, ada juga yang berhenti di separuh jalan. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan juga rezeki.

Jadikan blog sebagai hobi dan pendapatan sebagai bonus sahaja. Jika anda buat blog memang target untuk duit, akhirnya anda berhenti separuh jalan kerana tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Banyak aspek yang tuan/puan perlu fahami sebelum membina sebuah blog. Blog bukan hanya perlu menaip sahaja. Blog adalah untuk dikongsi dan dibaca oleh orang lain. Tanpa teknik yang betul, tiada orang akan baca blog anda kerana tiada siapa tahu kewujudan blog anda.

Slot panduan blog ini akan berkongsi sedikit bagaimana anda boleh bermula daripada membina blog, optimumkannya hingga mampu menjana pendapatan melaluinya.

Mohon maaf kerana perkongsian saya di blog ini banyak lopongnya yang perlu ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan pertanyaan dan ulasan yang anda tinggalkan.

Semoga blog ini mampu membantu anda walaupun sedikit, Insya Allah.

Panduan Membina Blog Blogger (Blogspot)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog dan duit online memang tidak dapat dipisahkan. Dengan blog, anda boleh pasang pengiklanan PPC (Paid Per Click) seperti Nuffnang dan Google Adsense, anda juga boleh promosikan produk affiliate anda. Maka, saya akan berkongsikan serba sedikit asas membina blog di blog ini.

Kebanyakkan pengguna blog termasuk saya sendiri akan bermula dengan platform blog milik Google iaitu Blogger atau lebih dikenali sebagai Blogspot. Maka, saya akan mulakan slot tutorial blog ini dengan blog Blogger sebelum beralih kepada platform lain.

Mendaftar akaun Blogger


Tahukah anda? Dengan memiliki satu akaun email Google (Gmail), anda sebenarnya sudah mempunyai akaun untuk produk Google yang lain seperti Youtube, Google Plus, Google Docs dan juga Blogger.

Jika anda sudah memiliki Gmail, anda boleh terus ke laman Blogger dan log masuk di sana menggunakan akaun Gmail. Anda mungkin sudah log masuk secara automatik jika anda sudah log masuk ke akaun email anda.

Jika belum memiliki akaun Gmail, sila daftar dahulu. Jika mahu daftar akaun Blogger menggunakan akaun email lain seperti Yahoo juga tidak mengapa.

Selepas sudah log masuk ke Blogger, anda akan diarahkan ke dashboard atau akan diberikan arahan untuk cipta blog pertama anda.



Masukkan nama blog yang anda mahukan. Jangan risau, anda boleh tukar nanti jika tidak suka dengan nama yang sudah dipilih.

Masukkan alamat blog yang diingini. Kalau alamat blog yang dipilih belum ada orang lain yang pakai, tanda 'tick' biru akan kelihatan dan butang "Create blog!" akan bertukar kepada butang yang boleh ditekan.

Untuk template, anda boleh biarkan begitu dahulu kerana ianya boleh ditukar kemudian.

Klik pada butang "Create blog!".



Blog pertama anda sudah dicipta, klik pada butang "View blog" untuk pergi ke blog anda.





Baiklah, setakat ini blog kelihatan kosong dan tidak menarik. Tidak mengapa, saya hanya mahu pastikan blog yang dicipta tadi betul-betul wujud, nanti saya akan hias blog ini supaya kelihatan lebih menarik.

Baiklah, cukuplah dahulu artikel pembukaan untuk slot tutorial blog ini. Saya akan sambung di artikel yang lain.

Friday, November 4, 2016

Betulkah Boleh Buat Duit Online Tanpa Modal?

Soalan yang sering ditanya, betul ke boleh buat duit online? Percuma tanpa modal? Tanpa perlu cari orang (downline)?

Ikuti perkongsian daripada seorang ahli lama ClixSense berkongsi kisah perjalanan side income online beliau.



Intipati perkongsian beliau:

(1) Memang boleh buat duit online tanpa modal
(2) Hari ini join takkan jadi kaya terus, perlukan usaha dan kesungguhan
(3) Jawab paid survey mesti kena jujur

Beliau memberitahu hanya keluarkan modal pada tahun pertama join ClixSense sahaja.

Saya pula sebaliknya langsung tidak keluarkan sebarang modal untuk ClixSense. Saya tolak daripada baki hasil yang saya dapat untuk upgrade keahlian saya kepada premium account untuk keuntungan yang lebih tinggi.


(Funding = $0 membuktikan saya tidak keluarkan satu sen pun, sebaliknya saya gunakan hasil yang saya dapat untuk upgrade kepada premium account)

Ada ahli yang salah sangka dia akan dapat untung jika terus upgrade kepada premium account tetapi dia salah langkah. Baca artikel ini untuk tahu bila anda perlu upgrade kepada account premium.

Dengan perkongsian 'otai' ini diharap dapat meningkatkan kepercayaan anda bahawa memang betul boleh buat side income online tanpa sebarang modal.

Panduan lengkap buat duit online dengan ClixSense.

Sumber: Forum ClixSense.

Thursday, October 27, 2016

Laman Paid Survey Terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya percaya anda sedia maklum boleh jana side income menerusi kaedah paid survey atau tinjauan berbayar.

Banyak laman web survey yang menawarkan tinjauan untuk respondent dari Malaysia seperti Toluna, Global Test Market, Viewfruit dan sebagainya. Walau bagaimanapun, topik ini tidak akan menceritakan tentang laman-laman berkenaan.

Fokus artikel ini ialah survey yang disediakan oleh program ClixSense. Yang unik dengan program ClixSense ialah anda hanya perlu mendaftarkan satu akaun ClixSense, tetapi dapat mengakses survey daripada laman-laman web survey yang lain melalui survey invitation setiap hari (termasuk yang saya nyatakan di atas). Pendaftaran percuma, siapa-siapa juga boleh sertai.

(Rujuk senarai laman survey yang boleh diakses di laman ClixSense)

Selain itu, anda akan dapat bonus harian sehingga 16% sekiranya berjaya jawab dua atau lebih survey setiap hari.

(1) Daftar akaun ClixSense terlebih dahulu.

(2) Sila pasang toolbar ClixSense (ClixAddon) - menyokong Firefox/Chrome/Opera sahaja. Ini bertujuan untuk alert/notify anda dengan setiap survey invitation yang ada.


(sumber gambar: Laman ClixSense)

(3) Sila isikan survey profile. Ini bertujuan untuk menghantar jemputan survey yang sesuai untuk anda dan peluang anda untuk layak/lepas survey itu lebih tinggi. Survey profile ini boleh dipinda setiap 6 bulan.



Survey di ClixSense


Kadar bayaran untuk survey invitation ialah berbeza-beza mengikut masa dan syarikat asal survey.



Selain itu, anda tidak perlu tunggu jemputan tinjauan. Sebaliknya anda boleh mencuba daily routers yang ada di laman survey ClixSense.



Selain itu lagi, survey juga boleh didapati di halaman offers di ClixSense.





Survey di bahagian offer ditunjukkan kadar bayaran dalam ClixCents. Jangan risau, itu sekadar istilah ClixSense untuk Cents. 1 ClixCents = 1 Cent, jadi 100 ClixCents bersamaan $1.

Harus diingat, lumrah survey yang mencari kelompok sasaran tertentu. Anda mungkin tidak akan lepas sesetengah survey.



Panduan untuk lepas survey


Nasihat saya, jangan tipu semasa menjawab survey. Pihak yang membuat tinjauan membayar anda untuk mendapatkan data yang tepat demi kajian yang mereka jalankan. Kalau anda tipu, bukan sahaja anda tidak jujur malah dapatan data kajian mereka juga terjejas.

Kalau soalan tanya adakah anda atau keluarga anda atau rakan-rakan anda bekerja dalam bidang berikut? Jawab tiada satu pun yang di atas (itu pun kalau memang betul tiada, kalau anda mahu tipu terpulang pada anda). Dengan menjawab "tiada satu pun", anda akan lepas ke skrin berikutnya.

Tujuan survey mahu yang selain dari yang tersenarai, pembuat survey tidak mahu soalan kajian atau produk dalam kajian bocor kepada pesaing mereka. Begitu juga, mereka tidak mahu responden yang bekerja bidang tertentu yang cenderung untuk bias dalam pendapatnya.

Jangan beri jawapan yang bercanggah dengan jawapan yang telah direkodkan di survey profile.

Hati-hati menjawab soalan, mungkin ada soalan perangkap. Mungkin ada soalan yang sama di langkah yang berlainan untuk mengesan jika anda jawab tidak consistent.

Control/test question untuk Your Survey (selalunya) ialah NO. Soalan tanya > adakah anda / bilakah kali terakhir anda buat **perkara mengarut rawak**. Kalau anda jawab YES, mata demerit sebanyak -10 akan diberi. Kalau berjaya jawab survey +1 akan diberi.

Jangan jawab dengan tergesa-gesa. Ambil masa beberapa saat untuk klik NEXT walaupun soalan tanya pasal jantina/umur/etc. Kalau anda tergesa-gesa, anda akan gagal survey (screen out) di pertengahan. Walaupun ada survey yang menyuruh anda jawab dengan cepat kerana survey akan ditutup jika responden sudah mencukupi, jangan biarkan permintaan ini mempengaruhi anda. Memang betul anda akan screened out di pertengahan jika quota sudah penuh, tetapi kalau tergesa-gesa lagi lah akan ditendang keluar.

Antara survey yang saya berjaya jawab baru-baru ini berserta bayarannya.



Apabila anda sudah mengumpulkan $8, anda boleh cashout earning anda ke akaun PayPal/Payza/etc.

Bukti bayaran daripada ClixSense di sini.

Paid survey bukan satu-satunya cara buat duit di ClixSense, boleh ikuti cara lain-lain di sini.

Daftar ClixSense.

Buat Duit Online Testing Laman Web

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kesempatan ini saya ingin tunjukkan bagaimana anda boleh buat side income online dengan mencuba/testing laman web dan memaklumkan sebarang 'bug' jika ada.

Terdapat banyak servis yang membuka pendaftaran untuk websites tester seperti ini. Walau bagaimanapun kebanyakkannya memerlukan pengalaman dan kelayakkan tertentu sebelum anda diterima.

Tetapi yang ingin saya tunjukkan pada artikel ini ialah syarikat yang membuka pendaftaran kepada sesiapa sahaja termasuk anda walaupun anda tidak pernah memiliki pengalaman atau kelayakan tertentu menjalankan website testing.

Syarikat yang dimaksudkan ialah Rainforest QA. Testing daripada Rainforest dijalankan secara crowdsourcing. Maknanya ramai orang yang menjalankan ujian, hasil yang diperolehi daripada kelompok majoriti dianggap sah/valid.

Sebelum anda rasa teruja untuk mendaftar, saya ingin ingatkan anda bahawa pendaftaran untuk Rainforest tidak dibuka sepanjang masa. Mereka hanya membuka keahlian jika terdapat keperluan (kekurangan tenaga tester).

Tapi, jangan kecewa dahulu, pendaftaran akan dibuka dari semasa ke semasa. Anda harus sentiasa peka untuk akses kepada keahliannya.

Ketika artikel ini dikemaskini, pendaftaran masih tidak dibuka. Jika ada pengambilan baru, pengumuman akan dibuat, jadi jangan lupa rajinkan diri baca forum ClixSense untuk alert.

Bagaimana untuk mendaftar akaun Rainforest dan mula test laman web?


(1) Pertama sekali, anda mesti buka akaun ClixSense.

(Baca juga artikel saya tentang ClixSense)



(2) Kemudian anda perlu buka pula akaun CrowdFlower.

Baca artikel saya bagaimana untuk buka akaun CrowdFlower.

Untuk akses kepada Rainforest, anda mesti memiliki lencana level 1 di CrowdFlower.



Baca artikel saya bagaimana untuk mengumpulkan level badges di CrowdFlower.

(3) Anda mesti sekurang-kurangnya membuat satu kerja di Rainforest di platform CrowdFlower untuk menebus keahlian Rainforest.

Apabila Rainforest mahu mengambil tester baru, mereka akan menyenaraikan kerja mereka di platform CrowdFlower. Mereka tidak mengambil tester baru tiap-tiap hari atau sebulan sekali atau setahun sekali. Mereka tidak ada masa yang tetap untuk mengambil tester baru. Mereka hanya mengambil jika terdapat keperluan. Maka anda perlu sentiasa peka..

Sementara menunggu jemputan ini, boleh buat tugas/task daripada CrowdFlower secara berterusan, dengan itu anda tidak akan terlepas peluang mendapat akses ke Rainforest.

Tugasan Rainforest di platform CrowdFlower dilabelkan dengan tajuk-tajuk berikut atau yang lebih kurang dengan mereka:

Test Applications For Rainforest Qa
Test A Web Application Using Any Browser

(Tugasan level 1, pastikan anda sudah memiliki level 1)



Selesaikan mana-mana tugasan di atas dan anda akan dapat notis melalui CrowdFlower bagaimana untuk menebus keahlian RainForest.

Setelah memiliki akaun Rainforest, sebelum melaksanakan sebarang kerja


Anda tidak mempunyai pilihan, anda mesti melaksanakan tugasan Rainforest menggunakan Google Chrome. Download dan install jika belum ada. (Tugasan pertama di CrowdFlower boleh dilakukan menggunakan sebarang pelayar internet.)

(1) Install Google Chrome extension.

Pautan (link) untuk download disertakan bersama-sama notis untuk tebus akaun Rainforest. Logo extension berbentuk bulat mempunyai daun putih pada latar belakang hijau.

Logo extension ini akan berubah-rubah mengikut keadaan berikut:

Latar belakang hijau - extension aktif/hidup dan sedang mencari kerja untuk anda.
Latar belakang kelabu - extension terputus daripada internet.
Latar belakang hijau dengan tulisan "WIP" - anda dapat kerja dan sedang membuatnya.
Latar belakang kelabu dengan tulisan "OFF" - extension dimatikan.

Klik sekali padanya untuk hidupkan/matikan extension.

Cara melaksanakan tugasan Rainforest


(1) Take screenshot - Langkap pertama untuk setiap tugasan (dikenali sebagai "HIT" - Human Intelligence Task), copy dan paste pautan yang diberikan pada pelayar web Virtual Machine yang disediakan. Apabila laman sudah dimuat sepenuhnya (samada berjaya atau error - jangan sesekali klik refresh kecuali disuruh) klik pada butang "Take Screenshot".

(2) YES atau NO - Setiap langkah mempunyai arahan. Jika anda boleh ikut arahan tanpa sebarang masalah, sila klik "YES" untuk mara ke langkah seterusnya. Jika anda tidak boleh ikut arahan (contoh: arahan suruh klik butang "daftar" tapi di situ tidak ada butang yang dimaksudkan) sila klik "NO" dan maklumkan situasi yang anda hadapi (ini bermakna anda sudah menjumpai satu 'bug').



Bayaran


Rainforest bayar 4 pennies/cents (0.04x4 = ~RM0.16) setiap step. Jadi jika satu HIT mempunyai 50 langkah seperti di atas, anda akan dapat $2. Walau bagaimanapun, jika anda menjumpai bug di tengah jalan contohnya di langkah ke-20, anda hanya akan dapat 20x4 = 80 cents.

Bonus


Jika anda siapkan sekurang-kurangnya 10 tugasan dalam tempoh 24 jam (zon waktu UTC), anda akan dapat 10% bonus. Jika siapkan 100 tugasan, bonus 20%.

Selain itu, kalau buat minimum 10 tugasan, ClixSense bagi bonus tambahan (sehingga 16%).

Jangan keliru, bonus Rainforest dan bonus ClixSense adalah dua bonus yang berbeza: Contoh, kalau buat 10 tugasan Rainforest, dapat bonus 10%. 10 tugasan dan 10% bonus ini akan masuk ke dalam kiraan ClixSense sebagai 11 tugasan. Jumlah earning daripada 11 tugasan ini pula akan diberikan bonus 16% oleh ClixSense. Lumayan kan.

Auto Rejection


Pada langkah tertentu anda akan dapati soalan-soalan lebih kurang berikut ditanya:

Look at the page, are you currently breathing? - YES
Look at the page, are you a human? - YES
Look at the page, is there *benda mengarut dan tidak masuk akal* on the page? - NO
Use a calculator, is the sum of A and B is C?

Pastikan jangan tersilap klik. Kalau anda tersilap klik, sila restart job berkenaan. Anda akan dapat auto rejection jika klik pada jawapan yang salah. Walau bagaimanapun, anda masih akan mendapat manual rejection jika kerja anda tidak memuaskan.

Contoh kerja yang akan ditolak: Step berkenaan sangat jelas "NO" malah anda sendiri tahu ianya "NO" tetapi anda klik "YES" (maksudnya anda menipu) kerana ingin sampai ke langkap terakhir (untuk dapatkan bayaran penuh HIT berkenaan). Jangan lakukan ini, akaun anda akan ditutup.

Panduan untuk anda. Baca semua 10 halaman yang ada.

Training Jobs


Di awal-awal pendaftaran, anda akan terima banyak training jobs (tidak dibayar). Sila buat dengan baik. Lepas ini anda akan terima kerja yang sebenar (dibayar).

Bagaimana anda dibayar


Anda mungkin tertanya-tanya kenapa mesti buka akaun ClixSense dan CrowdFlower padahal buat kerja untuk Rainforest. Untuk makluman, ketiga-tiga ini ialah syarikat yang berbeza. Rainforest setakat ini belum memiliki sistem payout sendiri. Ini yang berlaku:

(1) Anda buat kerja Rainforest, Rainforest arahkan CrowdFlower untuk bayar anda.
(2) CrowdFlower debit duit dari akaun Rainforest di sana dan kreditkan kepada anda.
(3) ClixSense ialah labor channel CrowdFlower, maka hasil dari task akan masuk ke akaun ClixSense.

Baiklah, kita sudah sampai ke penghujung artikel. Semoga anda dapat akses ke akaun Rainforest. Apabila sudah dapat, baca panduan dari pautan yang saya telah saya beri supaya anda jadi tester yang baik dan mengelakkan keahlian ditamatkan.

Duit Percuma Dari Internet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh dapat duit secara percuma daripada internet. Laman yang menyediakan duit percuma ini ialah ClixSense.

Ianya merupakan bonus game pada laman ClixSense kepada ahli-ahli mereka.

Apa yang anda perlu lakukan sungguh senang.

(1) Daftar akaun ClixSense. Percuma sahaja, siapa-siapa juga boleh ikut serta.

(2) Pergi ke halaman ClixGrid di laman web ClixSense.

(3) Sila pilih dan klik pada salah satu kotak.



(4) Sila tunggu pemasa tamat.



(5) Apabila pemasa sudah tamat, anda akan tahu sama ada anda menang duit atau tidak.



(6) Merujuk gambar di atas, saya tidak menang untuk kali ini. Jika saya menang duit percuma, ini yang akan saya dapat lihat di skrin.



(7) Selain dapat menang duit percuma, saya juga menang extra chances.



Setiap hari anda dapat 30 peluang untuk main ClixGrid ini. Extra chances bermakna anda dapat 5 peluang tambahan untuk main dalam satu hari.

Berikut adalah senarai lengkap hadiah kemenangan di ClixGrid:

(1) $10
(2) $5
(3) $2.50
(4) $1
(5) $0.50
(6) $0.25
(7) $0.10
(8) 5 extra chances.

Anda tidak semestinya akan menang duit percuma tiap-tiap hari, tapi potensinya tetap ada.

Antara mereka yang bertuah dapat duit percuma $5 dan $10:



Kalau tidak jumpa orang Malaysia pada senarai di atas, jangan risau, siapa-siapa pun boleh menang tanpa 'bias' terhadap demografi.



Anda pun mungkin bertuah macam rakan kita di atas. Saya pun belum menang lagi $10 T_T

ClixGrid ialah salah satu cara untuk buat duit online melalui laman ClixSense, sila rujuk artikel ini untuk mengetahui cara lain untuk buat duit di ClixSense.

Anda mesti main sekurang-kurangnya 20 klik setiap hari untuk melayakkan anda menerima bonus harian sehingga 16%,

Daftar akaun ClixSense di sini.