Wednesday, October 19, 2016

ClixSense Daily Checklist Bonus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel kali ini saya akan ceritakan tentang bonus harian yang anda akan terima daripada program ClixSense sekiranya berjaya menyempurkan keperluan atau syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Bonus harian ini dikenali sebagai Daily Checklist Bonus.

Kepada mereka yang masih belum tahu tentang program ClixSense, sila baca terlebih dulu cara-cara untuk buat duit online dengan laman web ClixSense untuk lebih pemahaman.

Baiklah, di ClixSense, anda akan diberikan bonus sehingga 16% sekiranya berjaya menyempurkan perkara-perkara berikut:

(1) Lihat laman web pengiklan sekurang-kurangnya 6 laman.


Sila pergi ke halaman iklan di laman web ClixSense dan klik iklan yang ada sekurang-kurangnya 6. Sila baca huraian tentang pengiklanan ClixSense untuk ketahui cara melaksanakannya.

(2) Main ClixGrid Game sekurang-kurangnya 20 klik


ClixGrid game ialah bonus game harian yang menawarkan hadiah kemenangan terbesar bernilai $10. Hadiah nilai paling kecil pula ialah $0.10. Tidak semestinya anda akan menang sebarang hadiah jika main permainan ini, tapi mana tahu kalau ada rezeki anda boleh menang $10. Anda perlu klik sebanyak 20 kali untuk lengkapkan daily checklist.

(3) Lengkapkan Offer atau Task


Untuk lengkapkan checklist yang ini, anda mestilah lengkapkan mana-mana yang berikut:

(a) Lengkapkan 2 paid surveys atau offer
(b) Lengkapkan 10 tugasan CrowdFlower atau tugasan Rainforest
(c) Lengkapkan 1 paid survey atau offer DAN 5 tugasan CrowdFlower/Rainforest

(4) Lawati forum 1 kali


Anda mesti berkunjung ke halaman forum sekurang-kurangnya sekali. Anda tidak perlu post apa-apa di forum.

Bonus tambahan:


Sebaik sahaja anda lengkapkan keempat-empat syarat di atas, anda sudah layak terima bonus harian sebanyak 5% atau 12% untuk ahli berbayar. Selain itu, masih terdapat 2 bonus tambahan:

(5) Guna ClixAddon (Toolbar/Addon/Extension ClixSense) selama 1 jam


Yang ini senang dan automatik. Anda perlu pasang toolbar ClixSense sebaik sahaja mendaftar sebagai ahli ClixSense dan sebaik sahaja anda buka dan guna internet browser selama sejam, ia akan lengkap dengan sendirinya.

Jangan salah faham, ClixSense tak paksa pun anda pasang toolbar ini. Walau bagaimanapun anda memang perlu pasang toolbar ini kerana dialah yang akan alert jika anda mendapat jemputan survey/iklan/task dan sebagainya.

(6) Activity Bonus - Lengkapkan checklist selama tiga hari berturut-turut


Lengkapkan 4 checklist di atas dan anda akan dapat satu lagi bonus tambahan.

Cara ianya berfungsi:

Hari pertama: anda berjaya lengkapkan 4 syarat checklist - tidak dapat activity bonus
Hari kedua: anda berjaya lengkapkan 4 syarat checklist - tidak dapat activity bonus
Hari ketiga: anda berjaya lengkapkan 4 syarat checklist - dapat activity bonus
Hari keempat dan seterusnya: anda berjaya lengkapkan 4 syarat checklist - dapat activity bonus

Jika dalam satu hari anda gagal lengkapkan checklist, esoknya anda tidak akan dapat activity bonus walaupun berjaya lengkapkan checklist. Kitarannya akan bermula semula sebagai hari pertama.

Berapa banyak bonus yang akan diberikan?


Bonus adalah berdasarkan berapa banyak yang anda berjaya kumpulkan.

Bonus Ahli biasa Ahli berbayar
Checklist utama
-Iklan
-ClixGrid
-Offer/Survey/Task
-Forum
5% 12%
ClixAddon 1% 2%
Activity Bonus 1% 2%
Jumlah 7% 16%

Contoh:

Saya berjaya mengumpulkan $7.532 dalam satu hari. Oleh sebab saya ahli berbayar, bonus 16% diberikan kepada saya. Kiraan seperti berikut:

$7.532 x 16% = $1.20512

(ClixSense hanya mengira duit sehingga 4 decimal places sahaja maka ianya dikira setakat $1.2051)



Wajarkah upgrade ke akaun berbayar untuk daily checklist bonus yang lebih tinggi?

Jawapan saya ianya tergantung atas diri anda sendiri. Jika anda mampu untuk lengkapkan daily checklist, wajar untuk anda upgrade ke akaun berbayar.

Saya ada buat kiraan untung daripada upgrade kepada keahlian berbayar. Sila rujuk artikel berkenaan untuk maklumat lanjut.

This Is The Oldest Page

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon