Friday, October 21, 2016

Panduan Keluarkan Duit (Withdraw) Daripada PayPal Ke Akaun Bank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini saya sudah kongsikan cara-cara untuk buka akaun PayPal dan panduan untuk tambah akaun bank tempatan. Kini saya akan kongsikan pula cara untuk withdraw atau keluarkan duit daripada akaun PayPal masuk ke dalam akaun bank tempatan.

Ini bahagian yang paling best, setelah berhasil dapat duit daripada program-program serata dunia contohnya buat duit online dengan ClixSense, kini tibalah masanya untuk pindahkan ke akaun bank dan seterusnya boleh belanjakan duit tersebut.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk withdraw wang dari akaun PayPal.

(1) Log masuk ke akaun PayPal. Sekiranya anda tidak diarahkan ke halaman My Account, sila klik pada butang My Account atau My PayPal.

(2) Di sebelah kiri skrin ada kotak PayPal Balance. Di situ akan ada pautan Withdraw Fund, klik pautan tersebut.



(3) Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan. Sila pastikan jumlah yang dikeluarkan sekurang-kurangnya RM400 bagi mengelakkan processing fee sebanyak RM3 dikenakan. Klik pada Continue.



(4) Semak buat kali terakhir butir-butir transaksi sebelum teruskan. Sudah berpuas hati, klik pada Withdraw_USD



(5) Nanti dia akan beritahu proses akan mengambil masa 2-3 hari bekerja. Tapi mengikut pengalaman saya, hari ini withdraw esok sudah masuk dalam akaun bank. Asalkan hari withdraw dan keesokan harinya bukan hujung minggu atau cuti umum di Amerika.



Email pengesahan juga akan dihantar kepada anda.



Sekarang tunggu sahaja duit masuk dalam akaun bank. Lepas tu apa lagi, enjoy your earning.

Tambahan: Kalau akaun PayPal anda unverified, tidak ada masalah untuk transfer duit ke akaun bank. Jadi, jangan ragu-ragu untuk withdraw walaupun masih unverified.

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon