Wednesday, November 9, 2016

Panduan Membina Blog Blogspot - Indeks

Tags
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di sini saya senaraikan artikel yang berkaitan dengan tutorial blog Blogger/Blogspot. Senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa sebaik sahaja artikel baru ditambah pada blog ini.

Pendahuluan

Mencipta blog baru

Panduan Blog WordPress dan Blogspot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog adalah salah satu daripada medium untuk berkongsi maklumat dengan meluas kerana ianya dapat diakses di mana sahaja di seluruh dunia asalkan mempunyai akses kepada internet. Selain dijadikan sebagai hobi, blog mampu menjana pendapatan sampingan secara pasif dan mampu menjadi ‘backup’ kepada gaji tetap bulanan ekoran kos sara hidup yang meningkat saban hari.

Ada di kalangan “otai” yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan tetap/utama dan mampu menjana sehingga puluhan atau ratusan ribu ringgit sebulan hanya melalui blog dan internet. Anda mungkin tahu akan hal ini, namun tidak pasti bagaimana hendak bermula dan bagaimana untuk kecapi itu semua. Untuk makluman, tidak semua berjaya menjana pendapatan enam angka setiap bulan melalui blog dalam tempoh yang singkat. Semuanya bermula dari bawah. Ada yang berjaya, ada juga yang berhenti di separuh jalan. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan juga rezeki.

Jadikan blog sebagai hobi dan pendapatan sebagai bonus sahaja. Jika anda buat blog memang target untuk duit, akhirnya anda berhenti separuh jalan kerana tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Banyak aspek yang tuan/puan perlu fahami sebelum membina sebuah blog. Blog bukan hanya perlu menaip sahaja. Blog adalah untuk dikongsi dan dibaca oleh orang lain. Tanpa teknik yang betul, tiada orang akan baca blog anda kerana tiada siapa tahu kewujudan blog anda.

Slot panduan blog ini akan berkongsi sedikit bagaimana anda boleh bermula daripada membina blog, optimumkannya hingga mampu menjana pendapatan melaluinya.

Mohon maaf kerana perkongsian saya di blog ini banyak lopongnya yang perlu ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan pertanyaan dan ulasan yang anda tinggalkan.

Semoga blog ini mampu membantu anda walaupun sedikit, Insya Allah.

Panduan Membina Blog Blogger (Blogspot)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog dan duit online memang tidak dapat dipisahkan. Dengan blog, anda boleh pasang pengiklanan PPC (Paid Per Click) seperti Nuffnang dan Google Adsense, anda juga boleh promosikan produk affiliate anda. Maka, saya akan berkongsikan serba sedikit asas membina blog di blog ini.

Kebanyakkan pengguna blog termasuk saya sendiri akan bermula dengan platform blog milik Google iaitu Blogger atau lebih dikenali sebagai Blogspot. Maka, saya akan mulakan slot tutorial blog ini dengan blog Blogger sebelum beralih kepada platform lain.

Mendaftar akaun Blogger


Tahukah anda? Dengan memiliki satu akaun email Google (Gmail), anda sebenarnya sudah mempunyai akaun untuk produk Google yang lain seperti Youtube, Google Plus, Google Docs dan juga Blogger.

Jika anda sudah memiliki Gmail, anda boleh terus ke laman Blogger dan log masuk di sana menggunakan akaun Gmail. Anda mungkin sudah log masuk secara automatik jika anda sudah log masuk ke akaun email anda.

Jika belum memiliki akaun Gmail, sila daftar dahulu. Jika mahu daftar akaun Blogger menggunakan akaun email lain seperti Yahoo juga tidak mengapa.

Selepas sudah log masuk ke Blogger, anda akan diarahkan ke dashboard atau akan diberikan arahan untuk cipta blog pertama anda.



Masukkan nama blog yang anda mahukan. Jangan risau, anda boleh tukar nanti jika tidak suka dengan nama yang sudah dipilih.

Masukkan alamat blog yang diingini. Kalau alamat blog yang dipilih belum ada orang lain yang pakai, tanda 'tick' biru akan kelihatan dan butang "Create blog!" akan bertukar kepada butang yang boleh ditekan.

Untuk template, anda boleh biarkan begitu dahulu kerana ianya boleh ditukar kemudian.

Klik pada butang "Create blog!".



Blog pertama anda sudah dicipta, klik pada butang "View blog" untuk pergi ke blog anda.





Baiklah, setakat ini blog kelihatan kosong dan tidak menarik. Tidak mengapa, saya hanya mahu pastikan blog yang dicipta tadi betul-betul wujud, nanti saya akan hias blog ini supaya kelihatan lebih menarik.

Baiklah, cukuplah dahulu artikel pembukaan untuk slot tutorial blog ini. Saya akan sambung di artikel yang lain.

Friday, November 4, 2016

Betulkah Boleh Buat Duit Online Tanpa Modal?

Soalan yang sering ditanya, betul ke boleh buat duit online? Percuma tanpa modal? Tanpa perlu cari orang (downline)?

Ikuti perkongsian daripada seorang ahli lama ClixSense berkongsi kisah perjalanan side income online beliau.



Intipati perkongsian beliau:

(1) Memang boleh buat duit online tanpa modal
(2) Hari ini join takkan jadi kaya terus, perlukan usaha dan kesungguhan
(3) Jawab paid survey mesti kena jujur

Beliau memberitahu hanya keluarkan modal pada tahun pertama join ClixSense sahaja.

Saya pula sebaliknya langsung tidak keluarkan sebarang modal untuk ClixSense. Saya tolak daripada baki hasil yang saya dapat untuk upgrade keahlian saya kepada premium account untuk keuntungan yang lebih tinggi.


(Funding = $0 membuktikan saya tidak keluarkan satu sen pun, sebaliknya saya gunakan hasil yang saya dapat untuk upgrade kepada premium account)

Ada ahli yang salah sangka dia akan dapat untung jika terus upgrade kepada premium account tetapi dia salah langkah. Baca artikel ini untuk tahu bila anda perlu upgrade kepada account premium.

Dengan perkongsian 'otai' ini diharap dapat meningkatkan kepercayaan anda bahawa memang betul boleh buat side income online tanpa sebarang modal.

Panduan lengkap buat duit online dengan ClixSense.

Sumber: Forum ClixSense.