Wednesday, October 26, 2016

Buat Duit Online Dengan Micro Task CrowdFlower

Tags

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan bercerita cara untuk buat duit online dengan micro task atau tugasan ringkas daripada syarikat CrowdFlower.

Tugasan CrowdFlower adalah salah satu cara untuk buat duit online dengan ClixSense.

Selain dapat duit daripada tugasan itu sendiri, ClixSense menawarkan bonus berikut:

(1) Buat minima 10 tugasan dalam masa satu hari, dapat bonus harian sehingga 16%.

(2) Setiap $50 yang dikumpulkan, dapat bonus $5.

(3) Pertandingan mingguan: 10 ahli yang siapkan tugasan terbanyak dapat hadiah (tempat pertama $50).

Baiklah, sekarang saya akan tunjukkan cara untuk daftar akaun CrowdFlower.

(1) Daftar akaun ClixSense.

(2) Pergi ke halaman task.



(3) Seterusnya anda akan nampak arahan untuk membuka akaun CrowdFlower. Sila lengkapkan pendaftaran.



Nota: Jika anda tidak ditunjukkan borang pendaftaran:



(a) Klik sebarang tugasan yang ada di situ. Jika tidak ada sebarang tugasan disenaraikan, klik dulu pada Show Potential Jobs. Lepas klik tugasan itu, anda akan diberikan borang pendaftaran

(b) Jika masih tidak ada, sila daftar di laman web CrowdFlower dan kembali semula ke sini.

(4) Selepas pendaftaran sudah selesai, sila ambil Entrance Exam terlebih dahulu untuk melayakkan anda melaksanakan tugasan.

(Untuk lebih senang, daftar akaun CrowdFlower ketika anda hendak menduduki Entrance Exam kemudian barulah ikuti panduan ini)

(5) Sudah lulus Entrance Exam, kini anda sekurang-kurangnya memiliki lencana level 1 yang melayakkan anda melaksanakan tugasan.

(6) Kembali ke halaman tugasan di ClixSense dan klik pada tugasan yang ada.

Berkenalan dengan kerja CrowdFlower




Mode

Quiz Mode - Tugasan (task) pertama dari setiap kerja (job) ialah quiz mode yang tidak dibayar. Sila peka dengan minimum soalan yang anda perlu betul untuk lulus quiz mode ini. Contoh : 4 daripada 5 (80% accuracy); 7 daripada 10 (70% accuracy) dan lain-lain.

Work Mode - Dalam tugasan ini, salah satu daripada soalan yang ada ialah test question. Jika betul accuracy akan naik dan sebaliknya.

Expelled Mode - Jika anda gagal terlalu banyak test questions (accuracy lebih rendah daripada paras minimum), anda akan masuk ke mode ini dan tidak dapat lagi meneruskan job ini. Sila buat job yang lain pula.



Give Up - Jika anda rasa tugasan itu susah dan tidak mampu untuk buat; jika anda sudah penat / mahu berhenti buat task; jika accuracy anda hampir masuk ke expelled mode; maka sila klik di sini.

Timer (paling kanan sekali) - Pastikan jangan sampai tamat masa. Kalau tamat masa, penat saja buat (cari maklumat etc) tapi kena start over kalau timed out.



Sila baca arahan dengan teliti. Di sini anda akan diberikan arahan, contoh dan tips.

Baca betul-betul arahan dan apa yang dikehendaki oleh Task Author. Ambil masa untuk lepasi quiz mode, apabila sudah biasa, maka akan lebih cepat siapkan setiap task.



Apabila sudah siap menjawab, di bawah kanan ada butang submit untuk hantar tugasan anda dan akan dapat bayaran segera masuk ke akaun ClixSense.

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon