Thursday, October 27, 2016

Laman Paid Survey Terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya percaya anda sedia maklum boleh jana side income menerusi kaedah paid survey atau tinjauan berbayar.

Banyak laman web survey yang menawarkan tinjauan untuk respondent dari Malaysia seperti Toluna, Global Test Market, Viewfruit dan sebagainya. Walau bagaimanapun, topik ini tidak akan menceritakan tentang laman-laman berkenaan.

Fokus artikel ini ialah survey yang disediakan oleh program ClixSense. Yang unik dengan program ClixSense ialah anda hanya perlu mendaftarkan satu akaun ClixSense, tetapi dapat mengakses survey daripada laman-laman web survey yang lain melalui survey invitation setiap hari (termasuk yang saya nyatakan di atas). Pendaftaran percuma, siapa-siapa juga boleh sertai.

(Rujuk senarai laman survey yang boleh diakses di laman ClixSense)

Selain itu, anda akan dapat bonus harian sehingga 16% sekiranya berjaya jawab dua atau lebih survey setiap hari.

(1) Daftar akaun ClixSense terlebih dahulu.

(2) Sila pasang toolbar ClixSense (ClixAddon) - menyokong Firefox/Chrome/Opera sahaja. Ini bertujuan untuk alert/notify anda dengan setiap survey invitation yang ada.


(sumber gambar: Laman ClixSense)

(3) Sila isikan survey profile. Ini bertujuan untuk menghantar jemputan survey yang sesuai untuk anda dan peluang anda untuk layak/lepas survey itu lebih tinggi. Survey profile ini boleh dipinda setiap 6 bulan.



Survey di ClixSense


Kadar bayaran untuk survey invitation ialah berbeza-beza mengikut masa dan syarikat asal survey.



Selain itu, anda tidak perlu tunggu jemputan tinjauan. Sebaliknya anda boleh mencuba daily routers yang ada di laman survey ClixSense.



Selain itu lagi, survey juga boleh didapati di halaman offers di ClixSense.





Survey di bahagian offer ditunjukkan kadar bayaran dalam ClixCents. Jangan risau, itu sekadar istilah ClixSense untuk Cents. 1 ClixCents = 1 Cent, jadi 100 ClixCents bersamaan $1.

Harus diingat, lumrah survey yang mencari kelompok sasaran tertentu. Anda mungkin tidak akan lepas sesetengah survey.



Panduan untuk lepas survey


Nasihat saya, jangan tipu semasa menjawab survey. Pihak yang membuat tinjauan membayar anda untuk mendapatkan data yang tepat demi kajian yang mereka jalankan. Kalau anda tipu, bukan sahaja anda tidak jujur malah dapatan data kajian mereka juga terjejas.

Kalau soalan tanya adakah anda atau keluarga anda atau rakan-rakan anda bekerja dalam bidang berikut? Jawab tiada satu pun yang di atas (itu pun kalau memang betul tiada, kalau anda mahu tipu terpulang pada anda). Dengan menjawab "tiada satu pun", anda akan lepas ke skrin berikutnya.

Tujuan survey mahu yang selain dari yang tersenarai, pembuat survey tidak mahu soalan kajian atau produk dalam kajian bocor kepada pesaing mereka. Begitu juga, mereka tidak mahu responden yang bekerja bidang tertentu yang cenderung untuk bias dalam pendapatnya.

Jangan beri jawapan yang bercanggah dengan jawapan yang telah direkodkan di survey profile.

Hati-hati menjawab soalan, mungkin ada soalan perangkap. Mungkin ada soalan yang sama di langkah yang berlainan untuk mengesan jika anda jawab tidak consistent.

Control/test question untuk Your Survey (selalunya) ialah NO. Soalan tanya > adakah anda / bilakah kali terakhir anda buat **perkara mengarut rawak**. Kalau anda jawab YES, mata demerit sebanyak -10 akan diberi. Kalau berjaya jawab survey +1 akan diberi.

Jangan jawab dengan tergesa-gesa. Ambil masa beberapa saat untuk klik NEXT walaupun soalan tanya pasal jantina/umur/etc. Kalau anda tergesa-gesa, anda akan gagal survey (screen out) di pertengahan. Walaupun ada survey yang menyuruh anda jawab dengan cepat kerana survey akan ditutup jika responden sudah mencukupi, jangan biarkan permintaan ini mempengaruhi anda. Memang betul anda akan screened out di pertengahan jika quota sudah penuh, tetapi kalau tergesa-gesa lagi lah akan ditendang keluar.

Antara survey yang saya berjaya jawab baru-baru ini berserta bayarannya.



Apabila anda sudah mengumpulkan $8, anda boleh cashout earning anda ke akaun PayPal/Payza/etc.

Bukti bayaran daripada ClixSense di sini.

Paid survey bukan satu-satunya cara buat duit di ClixSense, boleh ikuti cara lain-lain di sini.

Daftar ClixSense.

Buat Duit Online Testing Laman Web

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kesempatan ini saya ingin tunjukkan bagaimana anda boleh buat side income online dengan mencuba/testing laman web dan memaklumkan sebarang 'bug' jika ada.

Terdapat banyak servis yang membuka pendaftaran untuk websites tester seperti ini. Walau bagaimanapun kebanyakkannya memerlukan pengalaman dan kelayakkan tertentu sebelum anda diterima.

Tetapi yang ingin saya tunjukkan pada artikel ini ialah syarikat yang membuka pendaftaran kepada sesiapa sahaja termasuk anda walaupun anda tidak pernah memiliki pengalaman atau kelayakan tertentu menjalankan website testing.

Syarikat yang dimaksudkan ialah Rainforest QA. Testing daripada Rainforest dijalankan secara crowdsourcing. Maknanya ramai orang yang menjalankan ujian, hasil yang diperolehi daripada kelompok majoriti dianggap sah/valid.

Sebelum anda rasa teruja untuk mendaftar, saya ingin ingatkan anda bahawa pendaftaran untuk Rainforest tidak dibuka sepanjang masa. Mereka hanya membuka keahlian jika terdapat keperluan (kekurangan tenaga tester).

Tapi, jangan kecewa dahulu, pendaftaran akan dibuka dari semasa ke semasa. Anda harus sentiasa peka untuk akses kepada keahliannya.

Ketika artikel ini dikemaskini, pendaftaran masih tidak dibuka. Jika ada pengambilan baru, pengumuman akan dibuat, jadi jangan lupa rajinkan diri baca forum ClixSense untuk alert.

Bagaimana untuk mendaftar akaun Rainforest dan mula test laman web?


(1) Pertama sekali, anda mesti buka akaun ClixSense.

(Baca juga artikel saya tentang ClixSense)



(2) Kemudian anda perlu buka pula akaun CrowdFlower.

Baca artikel saya bagaimana untuk buka akaun CrowdFlower.

Untuk akses kepada Rainforest, anda mesti memiliki lencana level 1 di CrowdFlower.



Baca artikel saya bagaimana untuk mengumpulkan level badges di CrowdFlower.

(3) Anda mesti sekurang-kurangnya membuat satu kerja di Rainforest di platform CrowdFlower untuk menebus keahlian Rainforest.

Apabila Rainforest mahu mengambil tester baru, mereka akan menyenaraikan kerja mereka di platform CrowdFlower. Mereka tidak mengambil tester baru tiap-tiap hari atau sebulan sekali atau setahun sekali. Mereka tidak ada masa yang tetap untuk mengambil tester baru. Mereka hanya mengambil jika terdapat keperluan. Maka anda perlu sentiasa peka..

Sementara menunggu jemputan ini, boleh buat tugas/task daripada CrowdFlower secara berterusan, dengan itu anda tidak akan terlepas peluang mendapat akses ke Rainforest.

Tugasan Rainforest di platform CrowdFlower dilabelkan dengan tajuk-tajuk berikut atau yang lebih kurang dengan mereka:

Test Applications For Rainforest Qa
Test A Web Application Using Any Browser

(Tugasan level 1, pastikan anda sudah memiliki level 1)



Selesaikan mana-mana tugasan di atas dan anda akan dapat notis melalui CrowdFlower bagaimana untuk menebus keahlian RainForest.

Setelah memiliki akaun Rainforest, sebelum melaksanakan sebarang kerja


Anda tidak mempunyai pilihan, anda mesti melaksanakan tugasan Rainforest menggunakan Google Chrome. Download dan install jika belum ada. (Tugasan pertama di CrowdFlower boleh dilakukan menggunakan sebarang pelayar internet.)

(1) Install Google Chrome extension.

Pautan (link) untuk download disertakan bersama-sama notis untuk tebus akaun Rainforest. Logo extension berbentuk bulat mempunyai daun putih pada latar belakang hijau.

Logo extension ini akan berubah-rubah mengikut keadaan berikut:

Latar belakang hijau - extension aktif/hidup dan sedang mencari kerja untuk anda.
Latar belakang kelabu - extension terputus daripada internet.
Latar belakang hijau dengan tulisan "WIP" - anda dapat kerja dan sedang membuatnya.
Latar belakang kelabu dengan tulisan "OFF" - extension dimatikan.

Klik sekali padanya untuk hidupkan/matikan extension.

Cara melaksanakan tugasan Rainforest


(1) Take screenshot - Langkap pertama untuk setiap tugasan (dikenali sebagai "HIT" - Human Intelligence Task), copy dan paste pautan yang diberikan pada pelayar web Virtual Machine yang disediakan. Apabila laman sudah dimuat sepenuhnya (samada berjaya atau error - jangan sesekali klik refresh kecuali disuruh) klik pada butang "Take Screenshot".

(2) YES atau NO - Setiap langkah mempunyai arahan. Jika anda boleh ikut arahan tanpa sebarang masalah, sila klik "YES" untuk mara ke langkah seterusnya. Jika anda tidak boleh ikut arahan (contoh: arahan suruh klik butang "daftar" tapi di situ tidak ada butang yang dimaksudkan) sila klik "NO" dan maklumkan situasi yang anda hadapi (ini bermakna anda sudah menjumpai satu 'bug').



Bayaran


Rainforest bayar 4 pennies/cents (0.04x4 = ~RM0.16) setiap step. Jadi jika satu HIT mempunyai 50 langkah seperti di atas, anda akan dapat $2. Walau bagaimanapun, jika anda menjumpai bug di tengah jalan contohnya di langkah ke-20, anda hanya akan dapat 20x4 = 80 cents.

Bonus


Jika anda siapkan sekurang-kurangnya 10 tugasan dalam tempoh 24 jam (zon waktu UTC), anda akan dapat 10% bonus. Jika siapkan 100 tugasan, bonus 20%.

Selain itu, kalau buat minimum 10 tugasan, ClixSense bagi bonus tambahan (sehingga 16%).

Jangan keliru, bonus Rainforest dan bonus ClixSense adalah dua bonus yang berbeza: Contoh, kalau buat 10 tugasan Rainforest, dapat bonus 10%. 10 tugasan dan 10% bonus ini akan masuk ke dalam kiraan ClixSense sebagai 11 tugasan. Jumlah earning daripada 11 tugasan ini pula akan diberikan bonus 16% oleh ClixSense. Lumayan kan.

Auto Rejection


Pada langkah tertentu anda akan dapati soalan-soalan lebih kurang berikut ditanya:

Look at the page, are you currently breathing? - YES
Look at the page, are you a human? - YES
Look at the page, is there *benda mengarut dan tidak masuk akal* on the page? - NO
Use a calculator, is the sum of A and B is C?

Pastikan jangan tersilap klik. Kalau anda tersilap klik, sila restart job berkenaan. Anda akan dapat auto rejection jika klik pada jawapan yang salah. Walau bagaimanapun, anda masih akan mendapat manual rejection jika kerja anda tidak memuaskan.

Contoh kerja yang akan ditolak: Step berkenaan sangat jelas "NO" malah anda sendiri tahu ianya "NO" tetapi anda klik "YES" (maksudnya anda menipu) kerana ingin sampai ke langkap terakhir (untuk dapatkan bayaran penuh HIT berkenaan). Jangan lakukan ini, akaun anda akan ditutup.

Panduan untuk anda. Baca semua 10 halaman yang ada.

Training Jobs


Di awal-awal pendaftaran, anda akan terima banyak training jobs (tidak dibayar). Sila buat dengan baik. Lepas ini anda akan terima kerja yang sebenar (dibayar).

Bagaimana anda dibayar


Anda mungkin tertanya-tanya kenapa mesti buka akaun ClixSense dan CrowdFlower padahal buat kerja untuk Rainforest. Untuk makluman, ketiga-tiga ini ialah syarikat yang berbeza. Rainforest setakat ini belum memiliki sistem payout sendiri. Ini yang berlaku:

(1) Anda buat kerja Rainforest, Rainforest arahkan CrowdFlower untuk bayar anda.
(2) CrowdFlower debit duit dari akaun Rainforest di sana dan kreditkan kepada anda.
(3) ClixSense ialah labor channel CrowdFlower, maka hasil dari task akan masuk ke akaun ClixSense.

Baiklah, kita sudah sampai ke penghujung artikel. Semoga anda dapat akses ke akaun Rainforest. Apabila sudah dapat, baca panduan dari pautan yang saya telah saya beri supaya anda jadi tester yang baik dan mengelakkan keahlian ditamatkan.

Duit Percuma Dari Internet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh dapat duit secara percuma daripada internet. Laman yang menyediakan duit percuma ini ialah ClixSense.

Ianya merupakan bonus game pada laman ClixSense kepada ahli-ahli mereka.

Apa yang anda perlu lakukan sungguh senang.

(1) Daftar akaun ClixSense. Percuma sahaja, siapa-siapa juga boleh ikut serta.

(2) Pergi ke halaman ClixGrid di laman web ClixSense.

(3) Sila pilih dan klik pada salah satu kotak.



(4) Sila tunggu pemasa tamat.



(5) Apabila pemasa sudah tamat, anda akan tahu sama ada anda menang duit atau tidak.



(6) Merujuk gambar di atas, saya tidak menang untuk kali ini. Jika saya menang duit percuma, ini yang akan saya dapat lihat di skrin.



(7) Selain dapat menang duit percuma, saya juga menang extra chances.



Setiap hari anda dapat 30 peluang untuk main ClixGrid ini. Extra chances bermakna anda dapat 5 peluang tambahan untuk main dalam satu hari.

Berikut adalah senarai lengkap hadiah kemenangan di ClixGrid:

(1) $10
(2) $5
(3) $2.50
(4) $1
(5) $0.50
(6) $0.25
(7) $0.10
(8) 5 extra chances.

Anda tidak semestinya akan menang duit percuma tiap-tiap hari, tapi potensinya tetap ada.

Antara mereka yang bertuah dapat duit percuma $5 dan $10:



Kalau tidak jumpa orang Malaysia pada senarai di atas, jangan risau, siapa-siapa pun boleh menang tanpa 'bias' terhadap demografi.



Anda pun mungkin bertuah macam rakan kita di atas. Saya pun belum menang lagi $10 T_T

ClixGrid ialah salah satu cara untuk buat duit online melalui laman ClixSense, sila rujuk artikel ini untuk mengetahui cara lain untuk buat duit di ClixSense.

Anda mesti main sekurang-kurangnya 20 klik setiap hari untuk melayakkan anda menerima bonus harian sehingga 16%,

Daftar akaun ClixSense di sini.

Wednesday, October 26, 2016

Buat Duit Dengan Program Affiliate ClixSense

Tags
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel kali ini saya akan berkongsi serba sedikit info bagaimana anda boleh buat duit dengan program Affiliate yang ditawarkan oleh Clixsense.

Jika anda masih belum tahu tentang program ClixSense, saya cadangkan anda baca terlebih dahulu pengenalan program ClixSense.

Dengan menyertai program affiliate ClixSense, anda akan memperolehi manfaat dan komisen seperti berikut:

(1) Klik iklan - Untuk setiap iklan yang referral anda klik, anda akan dapat komisen sehingga $0.004 (bergantung pada jenis iklan).

(2) Pendaftaran Referral - Untuk setiap referral yang mendaftar di bawah anda, anda akan dapat $1-$2 dengan syarat dia sudah kumpulkan sebanyak $5-$10 daripada aktiviti di ClixSense.

(3) Offer / Paid Survey / CrowdFlower Task / Rainforest Task - komisen berjumlah 5%-10%.

(4) Jualan pek pengiklanan - Jika referral anda membeli pek pengiklanan anda akan dapat komisen sebanyak 10% tetapi dihadkan sehingga $2 sahaja.

(5) Referral upgrade - Jika referral anda upgrade keahliannya kepada premium membership, anda akan dapat $2.

Untuk berjaya dengan program affiliate ClixSense ini, kuncinya ialah mendapatkan referral YANG AKTIF dengan BANYAK.

Saya bagi contoh merujuk kepada seorang ahli ClixSense yang mempunyai bilangan referrals yang sangat banyak.



Andaikan setiap referral dia earn $10 setiap hari; andaikan $1 bersamaan RM4:

51,280 x $10 X 10% X 30 x 4 = RM6,153,600.00

RM 6 juta sebulan. Saya terperanjat dengan calculation yang saya buat, berkali-kali kira kalau-kalau salah. Kalau saya, dapat rasa $100 sebulan pun dah cukup dah.

Maklumat lanjut tentang program affiliate ClixSense di laman ClixSense.

Panduan lengkap untuk buat duit di laman ClixSense.

Daftar program ClixSense.

Buat Duit Online Dengan Micro Task CrowdFlower

Tags
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan bercerita cara untuk buat duit online dengan micro task atau tugasan ringkas daripada syarikat CrowdFlower.

Tugasan CrowdFlower adalah salah satu cara untuk buat duit online dengan ClixSense.

Selain dapat duit daripada tugasan itu sendiri, ClixSense menawarkan bonus berikut:

(1) Buat minima 10 tugasan dalam masa satu hari, dapat bonus harian sehingga 16%.

(2) Setiap $50 yang dikumpulkan, dapat bonus $5.

(3) Pertandingan mingguan: 10 ahli yang siapkan tugasan terbanyak dapat hadiah (tempat pertama $50).

Baiklah, sekarang saya akan tunjukkan cara untuk daftar akaun CrowdFlower.

(1) Daftar akaun ClixSense.

(2) Pergi ke halaman task.



(3) Seterusnya anda akan nampak arahan untuk membuka akaun CrowdFlower. Sila lengkapkan pendaftaran.



Nota: Jika anda tidak ditunjukkan borang pendaftaran:



(a) Klik sebarang tugasan yang ada di situ. Jika tidak ada sebarang tugasan disenaraikan, klik dulu pada Show Potential Jobs. Lepas klik tugasan itu, anda akan diberikan borang pendaftaran

(b) Jika masih tidak ada, sila daftar di laman web CrowdFlower dan kembali semula ke sini.

(4) Selepas pendaftaran sudah selesai, sila ambil Entrance Exam terlebih dahulu untuk melayakkan anda melaksanakan tugasan.

(Untuk lebih senang, daftar akaun CrowdFlower ketika anda hendak menduduki Entrance Exam kemudian barulah ikuti panduan ini)

(5) Sudah lulus Entrance Exam, kini anda sekurang-kurangnya memiliki lencana level 1 yang melayakkan anda melaksanakan tugasan.

(6) Kembali ke halaman tugasan di ClixSense dan klik pada tugasan yang ada.

Berkenalan dengan kerja CrowdFlower




Mode

Quiz Mode - Tugasan (task) pertama dari setiap kerja (job) ialah quiz mode yang tidak dibayar. Sila peka dengan minimum soalan yang anda perlu betul untuk lulus quiz mode ini. Contoh : 4 daripada 5 (80% accuracy); 7 daripada 10 (70% accuracy) dan lain-lain.

Work Mode - Dalam tugasan ini, salah satu daripada soalan yang ada ialah test question. Jika betul accuracy akan naik dan sebaliknya.

Expelled Mode - Jika anda gagal terlalu banyak test questions (accuracy lebih rendah daripada paras minimum), anda akan masuk ke mode ini dan tidak dapat lagi meneruskan job ini. Sila buat job yang lain pula.



Give Up - Jika anda rasa tugasan itu susah dan tidak mampu untuk buat; jika anda sudah penat / mahu berhenti buat task; jika accuracy anda hampir masuk ke expelled mode; maka sila klik di sini.

Timer (paling kanan sekali) - Pastikan jangan sampai tamat masa. Kalau tamat masa, penat saja buat (cari maklumat etc) tapi kena start over kalau timed out.



Sila baca arahan dengan teliti. Di sini anda akan diberikan arahan, contoh dan tips.

Baca betul-betul arahan dan apa yang dikehendaki oleh Task Author. Ambil masa untuk lepasi quiz mode, apabila sudah biasa, maka akan lebih cepat siapkan setiap task.



Apabila sudah siap menjawab, di bawah kanan ada butang submit untuk hantar tugasan anda dan akan dapat bayaran segera masuk ke akaun ClixSense.

Monday, October 24, 2016

Upgrade Keahlian ClixSense Kepada Premium Account

Tags
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel kali ini saya akan huraikan tentang fungsi pilihan (optional) di laman web ClixSense iaitu upgrade kepada keahlian berbayar.

(Artikel utama buat duit online dengan ClixSense)

Harga keahlian premium ClixSense



Setahun = $17
2 Tahun = $30 (diskaun $2 setahun)

Cara bayaran:

(1) Duit dari luar (PayPal, kad kredit, etc)
(2) Duit dari akaun ClixSense sendiri
(3) Tambah duit dari luar jika baki akaun ClixSense tidak mencukupi

Kelebihan akaun premium ClixSense


ASPEK
BIASA/STANDARD
PREMIUM
Yuran keahlian
$17 setahun / $30 dwitahunan
Jaminan iklan standard sehari
1
4
Komisen untuk setiap iklan yang dilihat oleh seorang downline
Sticky
$0.0001
$0.0001
Micro
$0.0002
$0.0004
Mini
$0.0010
$0.0020
Standard
$0.0020
$0.0040
Extended
$0.0020
$0.0040
Komisen untuk pendaftaran setiap downline
$1 selepas dia jana $10
$2 selepas dia jana $5
Komisen untuk downline yang jadi premium
$2
$2 dan $1 untuk 7 level bawah
Komisen untuk setiap belian iklan oleh downline
10% sehingga $1
10% sehingga $2
Komisen untuk tinjaun/task/offer downline
5%
10%
Peluang klik ClixGrid
30 kali
60 kali
Pemasa ClixGrid
10 saat
5 saat
Daily checklist bonus
7%
16%
Minimum cashout
$8
$6


Keuntungan daripada upgrade kepada akaun berbayar


Akaun premium akan dapat 4 iklan standard setiap hari ($0.01), maksudnya lebih 3 berbanding ahli biasa.

3 x $0.01 x 365 = $10.95 (masih rugi $6.05)



Rujuk gambar di atas, setakat artikel ini ditulis, saya sudah kumpulkan $34 daripada daily checklist. Saya hanya keluar modal $17 sahaja.

Bonus biasa - 7%
Bonus berbayar - 16%
Untung = bonus berbayar - bonus biasa = 9%

9/16 x $34 = $19.125

$19.125 - $6.05 = lebih kurang $13

Dengan ClixSense, saya keluarkan modal sebanyak $17. Saya sudah dapat semula $17 yang saya keluarkan, saya sudah dapat untung $13 (untuk daily checklist bonus sahaja, belum kira kelebihan yang lain) (untung sebanyak 76%) dan keuntungan ini akan meningkat sehingga keahlian premium untuk tahun ini tamat.

Selain daripada bonus, saya juga sudah earn daripada tugasan saya di ClixSense.



Bila perlu upgrade ke akaun premium?


Upgrade kepada akaun premium adalah optional tetapi disarankan jika anda mahu untung lebih daripada laman ClixSense ini.

Walau bagaimanapun, jika anda upgrade pada masa yang tidak tepat, anda tidak akan untung (tapi tidak akan rugi).

Jika anda klik semua 4 iklan standard dan iklan-iklan yang lain (sekurang-kurangnya 6 cents sehari, dalam masa setahun anda akan dapat $21.90, sudah dapat balik $17.

Upgrade akaun jika:

(1) Anda boleh dapatkan referral yang BANYAK dan AKTIF.

atau

(2) Anda ada 3 level badges CrowdFlower dan mesti buat task CrowdFlower/Rainforest sekurang-kurangnya 10 setiap hari untuk mendapatkan daily checklist bonus 16%.

Kesimpulannya, anda dapat buat duit dengan ClixSense dan akan dapat untung. Rujuk panduan lengkap ClixSense di sini. Daftar ClixSense di sini.

Saturday, October 22, 2016

CrowdFlower Entrance Exam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya akan bercerita tentang CrowdFlower Entrance Exam.

Jika anda sudah baca artikel saya tentang cara untuk buat duit online dengan ClixSense, anda pasti sudah tahu salah satu cara untuk buat duit di sana ialah dengan tugasan ringkas daripada CrowdFlower.

Orang yang melaksanakan tugasan CrowdFlower dikenali sebagai contributor. Contributor dikelaskan kepada empat tahap (level)

Level 0
Level 1
Level 2
Level 3


Setiap contributor akan bermula dengan level 0 dan perlu memenuhi keperluan berikut untuk naik level:

Tahap Jumlah kerja minimum Jumlah soalan ujian Ketepatan (%)
1 5 100 70
2 10 100 80
3 10 100 85

Jika kena expell daripada satu atau beberapa job, minimum jobs akan meningkat daripada yang sepatutnya. Contohnya, minimum job >= 5, test questions >= 100, dan accuracy >= 70% tapi masih level 0 dan dapat mesej “Something else is preventing you from reaching the next level. Keep on working in order to gain experience and level up.”

Malangnya tugasan untuk contributor level 0 tidak selalu ada dan kalau ada sekalipun, tidak semua tugasan dikira untuk naik level.



Disebabkan tidak banyak tugasan maka susah untuk naik level. Maka CrowdFlower Entrance Exam dapat membantu.

Mungkin contributor baru tidak tahu mengenai kewujudan entrance exam ini kerana ianya tidak terdapat di ClixSense.

Nota: Jika anda tidak menjumpai entrance exam melalui kaedah yang ditunjukkan, bermakna ianya sudah ditamatkan untuk selamanya atau sementara. Maka anda tiada pilihan perlu naik level secara kaedah asal.

Langkah-langkah untuk akses ke Entrance Exam



1. Daftar akaun InstaGC

2. Akses ke bahagian CrowdFlower task.



3. Buka task listing page

4. Klik pada Entrance Exam.



Baca dan fahami arahan dan jawab ikut kehendak task. Nama pun exam, kalau lulus dapat naik level, kalau gagal tak ada second attempt, jadi terpaksa ikut cara biasa.

Harus diingat, apabila sudah tahap 1, jangan terlampau memilih task yang membayar mahal sebaliknya pilih task yang senang untuk meningkatkan accuracy. Jika rasa task susah, sentiasa klik pada Give Up. Apabila naik tahap 2 atau 3 dan sudah mahir dengan task, boleh cuba yang lebih mencabar.

Nota tambahan:

Mungkin anda sudah perasan sekarang, ClixSense bukan satu-satunya laman yang menyediakan micro task CrowdFlower. Kenapa perlu buat di ClixSense? Kenapa tidak buat di InstaGC sahaja, entrance exam pun buat di InstaGC?

Ada sebab kenapa perlu buat di ClixSense. Dan ada sebab juga kenapa entrance exam ada di InstaGC tetapi tiada di ClixSense.

ClixSense tidak mempunyai entrance exam kerana ia begitu popular, terlalu banyak contributor yang menyumbang di ClixSense. Hari demi hari akan ada pengguna baru yang akan akses ke server entrance exam dan membuatkan server menjadi tidak stabil. Entrance exam yang pernah ada di ClixSense ditamatkan.

Jadi kenapa ClixSense menjadi pilihan ramai untuk membuat tugasan CrowdFlower?

(1) Buat minima 10 tugasan dalam masa satu hari, dapat bonus harian sehingga 16%.

(2) Setiap $50 yang dikumpulkan, dapat bonus $5.

(3) Pertandingan mingguan: 10 ahli yang siapkan tugasan terbanyak dapat hadiah (tempat pertama $50).

(4) Bayaran yang tidak sama antara laman. Ini kerana laman 'reward site' seperti ClixSense/InstaGC/etc mengambil sejumlah fee daripada apa yang ahli laksanakan di laman mereka. ClixSense laman yang ambil fee yang sedikit berbanding laman lain.

(5) Menggunakan nilai duit (USD) berbanding points seperti InstaGC. Anda boleh lihat secara langsung berapa nilai yang anda sudah kumpulkan. Berbanding sistem points, walaupun anda nampak macam banyak points sudah dikumpulkan hakikatnya, nilai points itu tidak seberapa apabila ditukar kepada duit semasa cashout.


#########################################

Ini pula adalah cara asal saya akses ke entrance exam, anda tidak perlu lagi ikut cara ini kerana cara di atas lebih senang.

Update: Tutorial ini menggunakan fungsi “tambah labor channel Persona.ly” dan akses entrance exam di sana. Disebabkan laman persona.ly ini lain macam sikit, dan dashboard CrowdFlower juga sudah diubah, jadi untuk akses ke halaman task listing persona.ly agak susah sikit. Alternatifnya, fungsi ini juga terdapat di InstaGC, malah InstaGC sendiri menyediakan entrance exam tanpa sebarang trick.



Langkah asal seperti berikut:

1. Daftar akaun Cash Piggy.

2. Pergi ke menu Offer >> Pesona.ly dan klik pada engage CrowdFlower task



3. Jika masih belum ada akaun CrowdFlower, sila connect dengan akaun Facebook yang betul (bukan yang fake/dummy account) dan selesaikan proses pendaftaran.

4. Pergi ke laman web CrowdFlower >> klik pada nama (di kanan-atas) >> Edit Profile. Pastikan saluran Pesona.ly ditetapkan sebagai saluran utama (preferred) dan simpan.



5. Pergi ke https://tasks.crowdflower.com/channels/personaly/tasks?uid=xxxxxxx . Gantikan xxxxxxx dengan contributor ID untuk channel personaly.

6. Sekarang, anda akan nampak pautan untuk menduduki entrance exam. Sila jawab dengan baik kerana untuk naik ke level 1, accuracy 70% diperlukan.



(kredit gambar: Forum NeoBux)

Buat Duit Online Melawat Website Iklan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel kali ini ialah sambungan untuk artikel teras panduan buat duit online dengan ClixSense. Sila baca dulu artikel berkenaan untuk berkenalan terlebih dahulu dengan ClixSense.

Tahukah anda? Anda boleh buat duit dengan hanya melihat iklan? Saya pasti anda sedia maklum yang anda dibayar untuk pasang iklan pada blog jika ada orang klik iklan tersebut. Tapi di ClixSense, anda dibayar jika anda sendiri yang melihat iklan.

Walaupun bayarannya murah, tapi anda perlu klik sekurang-kurangnya 6 iklan untuk melayakkan anda terima bonus harian. Lepas sudah klik 6 iklan anda boleh buat tugasan lain yang lebih berbaloi seperti jawab paid survey dan lain-lain.

Berikut adalah kadar bayaran untuk jenis iklan yang berbeza:

Jenis iklan Masa untuk lihat Bayaran
Extended Ad 60 saat $0.02
Standard Ad 30 saat $0.01
Mini Ad 15 saat $0.005
Micro Ad 3 saat $0.001
Sticky Ad 5 saat S0.001

Cara untuk melaksanakannya:

(1) Buka halaman iklan

(Pergi ke halaman iklan)

(2) Klik pada satu iklan (iklan akan dibuka pada tab baru)



(3) Captcha - Klik pada gambar kucing



(4) Lihat iklan dan tunggu pemasa tamat



(5) Terma bayaran (Klik close atau "x" untuk kembali ke halaman asal)



** Untuk iklan, anda tidak dibenarkan untuk melihatnya menerusi tab/smartphone kerana sesetengah iklan tidak sesuai untuk paparan tab/smartphone. Akaun anda boleh ditamatkan jika tertangkap klik iklan pada peranti mudah alih. **

Lepas sudah berjaya kumpul $8, sudah boleh request payout ke akaun PayPal, Payza, Netteller etc.

Untuk yang masih ragu-ragu dengan ClixSense, boleh lihat bukti bayaran dari ClixSense di sini

Daftar ClixSense di sini.

Friday, October 21, 2016

Panduan Keluarkan Duit (Withdraw) Daripada PayPal Ke Akaun Bank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum ini saya sudah kongsikan cara-cara untuk buka akaun PayPal dan panduan untuk tambah akaun bank tempatan. Kini saya akan kongsikan pula cara untuk withdraw atau keluarkan duit daripada akaun PayPal masuk ke dalam akaun bank tempatan.

Ini bahagian yang paling best, setelah berhasil dapat duit daripada program-program serata dunia contohnya buat duit online dengan ClixSense, kini tibalah masanya untuk pindahkan ke akaun bank dan seterusnya boleh belanjakan duit tersebut.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk withdraw wang dari akaun PayPal.

(1) Log masuk ke akaun PayPal. Sekiranya anda tidak diarahkan ke halaman My Account, sila klik pada butang My Account atau My PayPal.

(2) Di sebelah kiri skrin ada kotak PayPal Balance. Di situ akan ada pautan Withdraw Fund, klik pautan tersebut.



(3) Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan. Sila pastikan jumlah yang dikeluarkan sekurang-kurangnya RM400 bagi mengelakkan processing fee sebanyak RM3 dikenakan. Klik pada Continue.



(4) Semak buat kali terakhir butir-butir transaksi sebelum teruskan. Sudah berpuas hati, klik pada Withdraw_USD



(5) Nanti dia akan beritahu proses akan mengambil masa 2-3 hari bekerja. Tapi mengikut pengalaman saya, hari ini withdraw esok sudah masuk dalam akaun bank. Asalkan hari withdraw dan keesokan harinya bukan hujung minggu atau cuti umum di Amerika.



Email pengesahan juga akan dihantar kepada anda.



Sekarang tunggu sahaja duit masuk dalam akaun bank. Lepas tu apa lagi, enjoy your earning.

Tambahan: Kalau akaun PayPal anda unverified, tidak ada masalah untuk transfer duit ke akaun bank. Jadi, jangan ragu-ragu untuk withdraw walaupun masih unverified.

Panduan Hubungkan PayPal Dengan Akaun Bank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam artikel sebelum ini, saya sudah tunjukkan langkah-langkah untuk membuka akaun PayPal. Akaun PayPal sangat penting untuk membolehkan anda menerima duit hasil daripada program-program yang anda sertai online dari luar negara seperti ClixSense.

Untuk kali ini, saya ingin membuat sambungan kepada artikel berkenaan bagaimana cara untuk hubungkan (link) akaun PayPal dengan akaun bank tempatan. Tujuannya untuk memudahkan proses untuk withdraw (keluarkan duit) masuk ke akaun bank.

(1) Pergi ke laman web PayPal dan log masuk ke akaun anda.

(2) Jika anda belum diarahkan ke halaman My Account, sila klik pada pautan My Account atau My PayPal.

(3) Anda akan dapat lihat senarai pautan yang ada pada bahagian atas skrin. Sila klik pada pautan Wallet.

(4) Klik pada link a bank account.



(5) Isikan maklumat yang berkenaan. Bank name dan MEPS code boleh lihat pada pautan Details. Sudah selesai, klik pada Continue.



(6) Semak butir-butir yang telah diisi. Jika semuanya sudah tepat, klik Save.



Baiklah, akaun bank sudah selesai dihubungkan. Jika ingin menambah akaun, hanya perlu ulang langkah ini dari awal.

Seterusnya: Panduan untuk withdraw duit dari akaun PayPal.

Panduan Membuka Akaun PayPal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel kali ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuka akaun PayPal untuk membolehkan anda menerima bayaran daripada hasil buat duit online.

Apa itu PayPal? PayPal ini lebih kurang macam online banking CIMB Click dan Maybank2U, boleh guna untuk terima duit dan buat bayaran secara online. PayPal adalah akaun perantara untuk merenima hasil buat duit online sebelum boleh dipindah masuk ke akaun bank tempatan.

Di sini saya tunjukkan langkah-langkah untuk buka akaun PayPal. Percuma sahaja.

(1) Pergi ke laman web Paypal untuk mendaftar. Klik pada butang Sign Up.



(2) Anda akan ada dua pilihan pelan. Klik pada Get Started untuk kotak Buy With PayPal.



(3) Pilih negara, masukkan alamat email dan kata laluan lalu klik pada butang Continue.

(4) Isikan segala maklumat yang diperlukan. Untuk first nama, masukkan nama anda. Untuk last name masukkan bin/binti + nama bapa dan tinggalkan ruangan middle name. Ataupun masukkan bin/binti pada middle name dan nama bapa pada last name.

(5) Tick pada checkbox yang ada dan klik pada butang Agree and Create Account.



(6) Seterusnya anda akan diminta untuk masukkan maklumat kad kredit atau kad debit (kad ATM).

Untuk makluman semua traksaksi online shopping melibatkan kad debit telah disekat oleh semua bank tempatan atas arahan daripada Bank Negara. Anda perlu telefon pihak bank atau pergi terus ke kaunter dan beritahu mahu hidupkan fungsi Card Not Present Transaction.

Anda boleh skip dahulu bahagian ini (klik pada I'll link my card later) sehingga kad debit anda diaktifkan dan masukkan maklumat ini kemudian.

Kalau pakai kad kredit atau kad debit sudah diaktifkan, masukkan maklumat yang diperlukan dan klik pada Link Card.



Akaun PayPal anda sudah berjaya dibuka. Jika diminta untuk sahkan pendaftaran, sila log masuk ke email dan ikut arahan yang diberikan.

Seterusnya: Panduan hubungkan PayPal dengan akaun bank.