Friday, October 21, 2016

Panduan Hubungkan PayPal Dengan Akaun Bank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam artikel sebelum ini, saya sudah tunjukkan langkah-langkah untuk membuka akaun PayPal. Akaun PayPal sangat penting untuk membolehkan anda menerima duit hasil daripada program-program yang anda sertai online dari luar negara seperti ClixSense.

Untuk kali ini, saya ingin membuat sambungan kepada artikel berkenaan bagaimana cara untuk hubungkan (link) akaun PayPal dengan akaun bank tempatan. Tujuannya untuk memudahkan proses untuk withdraw (keluarkan duit) masuk ke akaun bank.

(1) Pergi ke laman web PayPal dan log masuk ke akaun anda.

(2) Jika anda belum diarahkan ke halaman My Account, sila klik pada pautan My Account atau My PayPal.

(3) Anda akan dapat lihat senarai pautan yang ada pada bahagian atas skrin. Sila klik pada pautan Wallet.

(4) Klik pada link a bank account.



(5) Isikan maklumat yang berkenaan. Bank name dan MEPS code boleh lihat pada pautan Details. Sudah selesai, klik pada Continue.



(6) Semak butir-butir yang telah diisi. Jika semuanya sudah tepat, klik Save.



Baiklah, akaun bank sudah selesai dihubungkan. Jika ingin menambah akaun, hanya perlu ulang langkah ini dari awal.

Seterusnya: Panduan untuk withdraw duit dari akaun PayPal.

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon