Wednesday, November 9, 2016

Panduan Membina Blog Blogger (Blogspot)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog dan duit online memang tidak dapat dipisahkan. Dengan blog, anda boleh pasang pengiklanan PPC (Paid Per Click) seperti Nuffnang dan Google Adsense, anda juga boleh promosikan produk affiliate anda. Maka, saya akan berkongsikan serba sedikit asas membina blog di blog ini.

Kebanyakkan pengguna blog termasuk saya sendiri akan bermula dengan platform blog milik Google iaitu Blogger atau lebih dikenali sebagai Blogspot. Maka, saya akan mulakan slot tutorial blog ini dengan blog Blogger sebelum beralih kepada platform lain.

Mendaftar akaun Blogger


Tahukah anda? Dengan memiliki satu akaun email Google (Gmail), anda sebenarnya sudah mempunyai akaun untuk produk Google yang lain seperti Youtube, Google Plus, Google Docs dan juga Blogger.

Jika anda sudah memiliki Gmail, anda boleh terus ke laman Blogger dan log masuk di sana menggunakan akaun Gmail. Anda mungkin sudah log masuk secara automatik jika anda sudah log masuk ke akaun email anda.

Jika belum memiliki akaun Gmail, sila daftar dahulu. Jika mahu daftar akaun Blogger menggunakan akaun email lain seperti Yahoo juga tidak mengapa.

Selepas sudah log masuk ke Blogger, anda akan diarahkan ke dashboard atau akan diberikan arahan untuk cipta blog pertama anda.



Masukkan nama blog yang anda mahukan. Jangan risau, anda boleh tukar nanti jika tidak suka dengan nama yang sudah dipilih.

Masukkan alamat blog yang diingini. Kalau alamat blog yang dipilih belum ada orang lain yang pakai, tanda 'tick' biru akan kelihatan dan butang "Create blog!" akan bertukar kepada butang yang boleh ditekan.

Untuk template, anda boleh biarkan begitu dahulu kerana ianya boleh ditukar kemudian.

Klik pada butang "Create blog!".



Blog pertama anda sudah dicipta, klik pada butang "View blog" untuk pergi ke blog anda.





Baiklah, setakat ini blog kelihatan kosong dan tidak menarik. Tidak mengapa, saya hanya mahu pastikan blog yang dicipta tadi betul-betul wujud, nanti saya akan hias blog ini supaya kelihatan lebih menarik.

Baiklah, cukuplah dahulu artikel pembukaan untuk slot tutorial blog ini. Saya akan sambung di artikel yang lain.

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon