Wednesday, November 9, 2016

Panduan Blog WordPress dan Blogspot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog adalah salah satu daripada medium untuk berkongsi maklumat dengan meluas kerana ianya dapat diakses di mana sahaja di seluruh dunia asalkan mempunyai akses kepada internet. Selain dijadikan sebagai hobi, blog mampu menjana pendapatan sampingan secara pasif dan mampu menjadi ‘backup’ kepada gaji tetap bulanan ekoran kos sara hidup yang meningkat saban hari.

Ada di kalangan “otai” yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan tetap/utama dan mampu menjana sehingga puluhan atau ratusan ribu ringgit sebulan hanya melalui blog dan internet. Anda mungkin tahu akan hal ini, namun tidak pasti bagaimana hendak bermula dan bagaimana untuk kecapi itu semua. Untuk makluman, tidak semua berjaya menjana pendapatan enam angka setiap bulan melalui blog dalam tempoh yang singkat. Semuanya bermula dari bawah. Ada yang berjaya, ada juga yang berhenti di separuh jalan. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan juga rezeki.

Jadikan blog sebagai hobi dan pendapatan sebagai bonus sahaja. Jika anda buat blog memang target untuk duit, akhirnya anda berhenti separuh jalan kerana tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Banyak aspek yang tuan/puan perlu fahami sebelum membina sebuah blog. Blog bukan hanya perlu menaip sahaja. Blog adalah untuk dikongsi dan dibaca oleh orang lain. Tanpa teknik yang betul, tiada orang akan baca blog anda kerana tiada siapa tahu kewujudan blog anda.

Slot panduan blog ini akan berkongsi sedikit bagaimana anda boleh bermula daripada membina blog, optimumkannya hingga mampu menjana pendapatan melaluinya.

Mohon maaf kerana perkongsian saya di blog ini banyak lopongnya yang perlu ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan pertanyaan dan ulasan yang anda tinggalkan.

Semoga blog ini mampu membantu anda walaupun sedikit, Insya Allah.

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon