Friday, October 21, 2016

Panduan Membuka Akaun PayPal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel kali ini saya akan tunjukkan cara-cara untuk membuka akaun PayPal untuk membolehkan anda menerima bayaran daripada hasil buat duit online.

Apa itu PayPal? PayPal ini lebih kurang macam online banking CIMB Click dan Maybank2U, boleh guna untuk terima duit dan buat bayaran secara online. PayPal adalah akaun perantara untuk merenima hasil buat duit online sebelum boleh dipindah masuk ke akaun bank tempatan.

Di sini saya tunjukkan langkah-langkah untuk buka akaun PayPal. Percuma sahaja.

(1) Pergi ke laman web Paypal untuk mendaftar. Klik pada butang Sign Up.



(2) Anda akan ada dua pilihan pelan. Klik pada Get Started untuk kotak Buy With PayPal.



(3) Pilih negara, masukkan alamat email dan kata laluan lalu klik pada butang Continue.

(4) Isikan segala maklumat yang diperlukan. Untuk first nama, masukkan nama anda. Untuk last name masukkan bin/binti + nama bapa dan tinggalkan ruangan middle name. Ataupun masukkan bin/binti pada middle name dan nama bapa pada last name.

(5) Tick pada checkbox yang ada dan klik pada butang Agree and Create Account.



(6) Seterusnya anda akan diminta untuk masukkan maklumat kad kredit atau kad debit (kad ATM).

Untuk makluman semua traksaksi online shopping melibatkan kad debit telah disekat oleh semua bank tempatan atas arahan daripada Bank Negara. Anda perlu telefon pihak bank atau pergi terus ke kaunter dan beritahu mahu hidupkan fungsi Card Not Present Transaction.

Anda boleh skip dahulu bahagian ini (klik pada I'll link my card later) sehingga kad debit anda diaktifkan dan masukkan maklumat ini kemudian.

Kalau pakai kad kredit atau kad debit sudah diaktifkan, masukkan maklumat yang diperlukan dan klik pada Link Card.



Akaun PayPal anda sudah berjaya dibuka. Jika diminta untuk sahkan pendaftaran, sila log masuk ke email dan ikut arahan yang diberikan.

Seterusnya: Panduan hubungkan PayPal dengan akaun bank.

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon