Saturday, October 22, 2016

CrowdFlower Entrance Exam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya akan bercerita tentang CrowdFlower Entrance Exam.

Jika anda sudah baca artikel saya tentang cara untuk buat duit online dengan ClixSense, anda pasti sudah tahu salah satu cara untuk buat duit di sana ialah dengan tugasan ringkas daripada CrowdFlower.

Orang yang melaksanakan tugasan CrowdFlower dikenali sebagai contributor. Contributor dikelaskan kepada empat tahap (level)

Level 0
Level 1
Level 2
Level 3


Setiap contributor akan bermula dengan level 0 dan perlu memenuhi keperluan berikut untuk naik level:

Tahap Jumlah kerja minimum Jumlah soalan ujian Ketepatan (%)
1 5 100 70
2 10 100 80
3 10 100 85

Jika kena expell daripada satu atau beberapa job, minimum jobs akan meningkat daripada yang sepatutnya. Contohnya, minimum job >= 5, test questions >= 100, dan accuracy >= 70% tapi masih level 0 dan dapat mesej “Something else is preventing you from reaching the next level. Keep on working in order to gain experience and level up.”

Malangnya tugasan untuk contributor level 0 tidak selalu ada dan kalau ada sekalipun, tidak semua tugasan dikira untuk naik level.



Disebabkan tidak banyak tugasan maka susah untuk naik level. Maka CrowdFlower Entrance Exam dapat membantu.

Mungkin contributor baru tidak tahu mengenai kewujudan entrance exam ini kerana ianya tidak terdapat di ClixSense.

Nota: Jika anda tidak menjumpai entrance exam melalui kaedah yang ditunjukkan, bermakna ianya sudah ditamatkan untuk selamanya atau sementara. Maka anda tiada pilihan perlu naik level secara kaedah asal.

Langkah-langkah untuk akses ke Entrance Exam



1. Daftar akaun InstaGC

2. Akses ke bahagian CrowdFlower task.



3. Buka task listing page

4. Klik pada Entrance Exam.



Baca dan fahami arahan dan jawab ikut kehendak task. Nama pun exam, kalau lulus dapat naik level, kalau gagal tak ada second attempt, jadi terpaksa ikut cara biasa.

Harus diingat, apabila sudah tahap 1, jangan terlampau memilih task yang membayar mahal sebaliknya pilih task yang senang untuk meningkatkan accuracy. Jika rasa task susah, sentiasa klik pada Give Up. Apabila naik tahap 2 atau 3 dan sudah mahir dengan task, boleh cuba yang lebih mencabar.

Nota tambahan:

Mungkin anda sudah perasan sekarang, ClixSense bukan satu-satunya laman yang menyediakan micro task CrowdFlower. Kenapa perlu buat di ClixSense? Kenapa tidak buat di InstaGC sahaja, entrance exam pun buat di InstaGC?

Ada sebab kenapa perlu buat di ClixSense. Dan ada sebab juga kenapa entrance exam ada di InstaGC tetapi tiada di ClixSense.

ClixSense tidak mempunyai entrance exam kerana ia begitu popular, terlalu banyak contributor yang menyumbang di ClixSense. Hari demi hari akan ada pengguna baru yang akan akses ke server entrance exam dan membuatkan server menjadi tidak stabil. Entrance exam yang pernah ada di ClixSense ditamatkan.

Jadi kenapa ClixSense menjadi pilihan ramai untuk membuat tugasan CrowdFlower?

(1) Buat minima 10 tugasan dalam masa satu hari, dapat bonus harian sehingga 16%.

(2) Setiap $50 yang dikumpulkan, dapat bonus $5.

(3) Pertandingan mingguan: 10 ahli yang siapkan tugasan terbanyak dapat hadiah (tempat pertama $50).

(4) Bayaran yang tidak sama antara laman. Ini kerana laman 'reward site' seperti ClixSense/InstaGC/etc mengambil sejumlah fee daripada apa yang ahli laksanakan di laman mereka. ClixSense laman yang ambil fee yang sedikit berbanding laman lain.

(5) Menggunakan nilai duit (USD) berbanding points seperti InstaGC. Anda boleh lihat secara langsung berapa nilai yang anda sudah kumpulkan. Berbanding sistem points, walaupun anda nampak macam banyak points sudah dikumpulkan hakikatnya, nilai points itu tidak seberapa apabila ditukar kepada duit semasa cashout.


#########################################

Ini pula adalah cara asal saya akses ke entrance exam, anda tidak perlu lagi ikut cara ini kerana cara di atas lebih senang.

Update: Tutorial ini menggunakan fungsi “tambah labor channel Persona.ly” dan akses entrance exam di sana. Disebabkan laman persona.ly ini lain macam sikit, dan dashboard CrowdFlower juga sudah diubah, jadi untuk akses ke halaman task listing persona.ly agak susah sikit. Alternatifnya, fungsi ini juga terdapat di InstaGC, malah InstaGC sendiri menyediakan entrance exam tanpa sebarang trick.



Langkah asal seperti berikut:

1. Daftar akaun Cash Piggy.

2. Pergi ke menu Offer >> Pesona.ly dan klik pada engage CrowdFlower task



3. Jika masih belum ada akaun CrowdFlower, sila connect dengan akaun Facebook yang betul (bukan yang fake/dummy account) dan selesaikan proses pendaftaran.

4. Pergi ke laman web CrowdFlower >> klik pada nama (di kanan-atas) >> Edit Profile. Pastikan saluran Pesona.ly ditetapkan sebagai saluran utama (preferred) dan simpan.



5. Pergi ke https://tasks.crowdflower.com/channels/personaly/tasks?uid=xxxxxxx . Gantikan xxxxxxx dengan contributor ID untuk channel personaly.

6. Sekarang, anda akan nampak pautan untuk menduduki entrance exam. Sila jawab dengan baik kerana untuk naik ke level 1, accuracy 70% diperlukan.



(kredit gambar: Forum NeoBux)

Sebarang pertanyaan tentang penerangan saya dan juga program yang saya syorkan, sila tinggalkan ulasan. Saya akan cuba terangkan. TQ :)
Emoticon Emoticon